Jumaat, 28 Oktober 2011

SMILE MAKE U HAPPY (^_-)

ASSALAMUALAIKUM
heey semua!!
cuba tengok flower tu cantik tak..ahaa !..nanti dulu ,kita bkan nk cerita pasal bunga nie ,gambar ni sebagai
contoh ,kalau nak tau senyum ni salah satu ubat kemurungan (erm ye ke ?)..kalau tak percaya cubalah..
lagi satu ,senyum nie bukan je ubat kemurungan malah boleh dijadikan amalan ,dalam islam pun ada kata senyum adalah satu sedekah ,,haa ! dapat pahala tau sapa yang lemparkan senyuman tuh..bukannya susah pun ,cuma tunjukkan ekpresi muka yang ceria pun boleh ..nk lagi senang korang tunjukkan je gigi korang yang cantik tu..hehe..tapi korang je yang malaz..heey ! kalau korang nk tau dengan senyuman ,terserlah kemanisan muka korang tu..jadi kalau nk senyum biarlah dengan ikhlas bukan dengan paksaan,,

MARILAH SAMA2 KITA UKIRKAN SENYUMAN DI WAJAH KITA...
Bila Senyum Hari Yang kiTa Lalui Lebih Ceria... ^_-

Ahad, 2 Oktober 2011

Orang Berbudi Sentiasa Dikenang


Assalamualaikum...

Rasanya sudah lama blog ni tak di update..oke lah harini nak cerita sikit..ini cerita original punya not copy ea..erm berbalik pada tujuan asal...Semalam pada tarikh 1 oktober 2011 , jam 6.45 pagi Mak Long kehilangan orang yang disayang yang telah hidup bersamanya selama 44 tahun telah meninggalkan dia buat selama-lamanya.. Peninggalan arwah membuatkan semua orang merasa kehilangannya.. nak tau kenapa ? semasa hidupnya dia adalah seorang suami , ayah , pak cik dan atok yang baik .. dia tidak pernah menyakiti orang yang disayang terutama sekali Mak Long yang setia bersamanya disaat susah mahupun senang, arwah juga seorang ayah yang bertanggungjawab dia sanggup menggadai nyawanya demi mencari nafkah buat anak dan isteri.. Arwah juga sangat sayangkan cucunya,. cucu paling rapat dengan arwah adalah Fatehah , baginya pemergian atoknya telah menarik sebahagian kegembiraan di dalam hidupnya,,ye lah dia lah yang sering menjadi teman untuk dia bermain menceritakan pengalaman disekolah.. Tapi kini yang tinggal hanyalah pakaian peninggalannya sahaja. Walaubagaimanapun shima bersyukur kerana hajatnya tercapai hanya satu je hajatnya untuk menghantar Mak Ngah untuk bertolak ke Makkah. Erm Mak Long de kate masa dia nak menghembuskan nafas yang terakhir keadaan arwah tenang je..masa tu arwah hendak mendirikan solat subuh .. baru je arwah mengambil sejadah untuk dibentangkan perlahan badannya menyembah lantai lantas Mak Long segera menyambutnya..masa tu keadaan arwah nampak lemah dan setelah dia mengucap dua kalimah syahadah dan menghela nafas terakhir di pangkuan Mak Long..

ORANG YANG BAIK SAAT PEMERGIANNYA MUDAH SEKALI BERBANDING ORANG YANG SYIRIK..

ORANG YANG BAIK SENTIASA DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYATNYA"